31 December 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat datang ke laman web MNZ Global Resources. Terima kasih kerana memilih web kami sebagai salah satu lawatan harian anda. 

MNZ Global Resources mula ditubuhkan pada tahun 2007. Penubuhan MNZ Global Resources adalah seiring dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda.

VISI
Visi MNZ Global Resources adalah menyediakan perkhidmatan setempat dalam bidang automotif. 

Perkhidmatan ini merangkumi :


Menjual dan membeli kenderaan baru, terpakai serta import
Mengetuk dan mengecat kenderaan

Car Rental
Perkhidmatan sewa kenderaan

Car Carrier Service
Perkhidmatan trak tunda

Car Insurance
Insurans kenderaan bermotor

PIAGAM PELANGGAN
Keselesaan dan kesenangan pelanggan merupakan keutamaan kami.



10 August 2014

Prosedur Pemindahan Nombor Pendaftaran Kenderaan

Bila kita terfikir untuk membeli kereta baru, ada sesetengah pemilik kenderaan menginginkan nombor pendaftaran lama kenderaan mereka dipindahkan ke kenderaan baru milik mereka. Hal ini berkemungkinan nombor pendaftaran lama memberikan nostalgia ataupun trade mark bagi pemilik asal.

Entry kali ini kami ingin memaparkan prosedur pemindahan nombor pendaftaran kenderaan


Pemindahan nombor pendaftaran kenderaan merupakan proses memindahkan nombor pendaftaran daripada kenderaan motor yang telah didaftarkan (asal) kepada kenderaan motor yang belum didaftarkan(baru) serta menguntukkan nombor pendaftaran baru kepada kenderaan tersebut.

Syarat-syarat permohonan:
  • Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau wakil.
  • Kedua-dua kenderaan asal dan baru dimiliki oleh pemilik yang sama.
  • Kenderaan baru belum didaftarkan lagi.
  • Hanya kenderaan asal yang hendak dibuat pemindahan nombor dikehendaki menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk mengenalpasti identiti kenderaan. Bagi kenderaan baru, pemeriksaan TIDAK diperlukan kecuali bagi kenderaan impot.
  • Kenderaan asal tiada senaraihitam JPJ dan PDRM.
  • Tarikh e-Insuran adalah terbuka bagi kenderaan baru selepas pemindahan nombor pendaftaran diproses.
  • Fi yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan dokumen yang perlu dikemukakan ketika membuat permohonan.

Kenderaan Baharu
  • 2 (dua) salinan Borang Senarai Semak eDaftar.
  • 2 (dua) salinan Borang JPJ K1 cetakan elektronik.
  • Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
  • Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM(B2) bagi kenderaan orang cacat atau kenderaan impot.
  • Salinan Sijil Kelulusan Kenderaan Diesel Hijau (SIRIM) yang masih berkuatkuasa (bagi kenderaan diesel hijau).
  • Borang Kastam K1 (bagi kenderaan impot).
  • Lesen Impot (AP) asal dan salinan (bagi kenderaan impot).
  • Surat/borang keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang berjaya (jika berkenaan); dan
  • Fi yang telah ditetapkan.

Kenderaan Lama
  • 2 (dua) salinan Borang JPJ K1E.
  • 2 (dua) salinan Borang JPJ K1A.
  • Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
  • Perakuan Pendaftaran Kenderaan(JPJK2) asal.
  • Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2) atau B5.
  • Surat pengesahan/persetujuan daripada Kastam (bagi Labuan dan Langkawi).
  • Dokumen pengenalan diri asal dan salinan wakil (sekiranya wakil hadir).

Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Petua Membeli Kereta Klasik

Adakah anda peminat kereta klasik dan anda ingin membelinya? Jika jawapannya YA, sila ambil perhatian bahawa yang tua tidak selalunya lebih baik kerana kereta-kereta dari empat dekad yang lalu tidak praktikal jika digunakan pada masa kini. 


Di sini, kami menyediakan petua untuk membeli kereta klasik.

Karat Kereta Klasik
Kemajuan teknologi telah membawa kereta yang mampu bertahan lebih lama seiring dengan peredaran masa. Hal ini tidak boleh di samakan dengan kereta yang dibina pada sekitar tahun 1960an-1980an di mana pembinaan anti-karat dan kualiti yang baik bukanlah kunci utama pada ketika itu. 

Adakah masih ada alat ganti?
Tidak kira sejauh mana kita mempercayai kereta klasik, semakin lama tahun dibuat semakin susah bagi mendapatkan alat ganti. Lama-kelamaan kereta klasik itu perlu diubah suai bahagian yang ingin dibaiki. 

Ada sesiapa yang boleh membaikinya?
Walau bagaimana mudah pembuatan kereta klasik anda, mencari orang yang pandai membaikinya adalah sukar. Kebanyakan mekanik pada zaman kini tidak begitu mahir dalam membaiki kereta klasik sehingga menyebabkan mereka akan mencuba kaedah baru bagi membaiki kereta anda.

Adakah kereta klasik ini bernilai?
Terdapat dua sebab mengapa kereta klasik ini dibeli. Pertama adalah disebabkan perasaan cinta kepada kereta klasik dan yang kedua disebabkan oleh pelaburan. Apabila sudah tiba masa untuk anda menjual kereta klasik anda, harga pasaran adalah bergantung kepada kehendak pelanggan. Tidak kira berapa banyak pelaburan yang telah anda lakukan, harga kereta klasik tetap bergantung kepada peminatnya yang tersendiri. 

Sejauh mana anda sanggup pergi?
Membeli dan membaiki kereta klasik memerlukan peruntukan wang dan komitmen yang tinggi. Kebanyakan pemilik kereta klasik membaiki kereta mereka pada pertengahan jalan sehaja. Hal ini kerana mereka menyedari bahawa mereka tidak mampu menanggung kos. Jadi sebelum anda meletakkan wang anda pada kereta klasik, anda perlu mengira keperluan dan bajet kewangan anda. Pastikan anda mendapat semula nilai wang anda.   

Semoga petua ini bermanfaat untuk para pencinta kereta klasik. 

Cara Penggunaan Gear Auto Pada Kenderaan

Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti di lampu isyarat. Kita akan dapat meneka kerana lampu reverse akan menyala sekejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama. Kereta dah hon-hon. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Boleh rosak gear box rasanya.


Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Apabila hendak bergerak:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear

1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
  • P > R ,
  • R > P
  • R > N
  • N > R
  • D > L/D2
  • L/D2 > D
2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
  • N > D
  • D > N
  • D > D3
  • D3 > D
Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?



Fungsi Gear

Jika ada yang belum faham fungsi setiap gear, bolehlah rujuk keterangan setiap susunan gear untuk gearbox auto yang berikut:

P – Parking 
Digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. Gear akan disekat jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tidak ditarik.

R – Reverse 
Digunakan untuk mengundurkan kereta anda.

N – Neutral
Jika anda berada dalam posisi menunggu di lampu isyarat atau kesesakan lalu-lintas, alihkan ke gear neutral dan bukan P(parking)! Jikalau anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D – Drive
Penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive (OD). Gear akan disekat daripada masuk ke gear 4. Gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja

3 – Tiga
Setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 – Dua
Ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.

1 – Low gear
Gear pertama. Boleh digunakan untuk menaiki bukit yang tinggi seperti Genting Highland tetapi amat jarang digunakan.

Diharap artikel ini bermanfaat untuk memanjangkan jangka hayat kereta anda.

09 August 2014

Perodua Axia 2014

Berdasarkan sumber yang diperolehi Perodua Axia 2014 ini dijangka akan mula dibuka tempahan bagi pasaran Malaysia sekitar hujung tahun ini. Insyaallah.


Harga Perodua Axia Baru 2014?

Jawapan ini terlalu subjektif bergantung kepada kemampuan kewangan anda sendiri tetapi harganya dijangka di bawah RM50,000. Harga Perodua Axia 2014 berkemungkinan di antara RM30,000 sehingga RM43,000.

Bila dilihat dari segi rupa bentuknya Perodua Axia 2014 ini kelihatan seperti model baru yang berasaskan model kereta Daihatsu Ayla / Daihatsu Alya Mira (JDM).