Karat Kereta Klasik
Kemajuan teknologi telah membawa kereta yang mampu bertahan lebih lama seiring dengan peredaran masa. Hal ini tidak boleh di samakan dengan kereta yang dibina pada sekitar tahun 1960an-1980an di mana pembinaan anti-karat dan kualiti yang baik bukanlah kunci utama pada ketika itu.
Adakah masih ada alat ganti?
Tidak kira sejauh mana kita mempercayai kereta klasik, semakin lama tahun dibuat semakin susah bagi mendapatkan alat ganti. Lama-kelamaan kereta klasik itu perlu diubah suai bahagian yang ingin dibaiki.
Ada sesiapa yang boleh membaikinya?
Walau bagaimana mudah pembuatan kereta klasik anda, mencari orang yang pandai membaikinya adalah sukar. Kebanyakan mekanik pada zaman kini tidak begitu mahir dalam membaiki kereta klasik sehingga menyebabkan mereka akan mencuba kaedah baru bagi membaiki kereta anda.
Adakah kereta klasik ini bernilai?
Terdapat dua sebab mengapa kereta klasik ini dibeli. Pertama adalah disebabkan perasaan cinta kepada kereta klasik dan yang kedua disebabkan oleh pelaburan. Apabila sudah tiba masa untuk anda menjual kereta klasik anda, harga pasaran adalah bergantung kepada kehendak pelanggan. Tidak kira berapa banyak pelaburan yang telah anda lakukan, harga kereta klasik tetap bergantung kepada peminatnya yang tersendiri.
Sejauh mana anda sanggup pergi?
Membeli dan membaiki kereta klasik memerlukan peruntukan wang dan komitmen yang tinggi. Kebanyakan pemilik kereta klasik membaiki kereta mereka pada pertengahan jalan sehaja. Hal ini kerana mereka menyedari bahawa mereka tidak mampu menanggung kos. Jadi sebelum anda meletakkan wang anda pada kereta klasik, anda perlu mengira keperluan dan bajet kewangan anda. Pastikan anda mendapat semula nilai wang anda.
Semoga petua ini bermanfaat untuk para pencinta kereta klasik.
No comments:
Post a Comment