10 August 2014

Cara Penggunaan Gear Auto Pada Kenderaan

Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti di lampu isyarat. Kita akan dapat meneka kerana lampu reverse akan menyala sekejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama. Kereta dah hon-hon. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Boleh rosak gear box rasanya.


Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Apabila hendak bergerak:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear

1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
  • P > R ,
  • R > P
  • R > N
  • N > R
  • D > L/D2
  • L/D2 > D
2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
  • N > D
  • D > N
  • D > D3
  • D3 > D
Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?



Fungsi Gear

Jika ada yang belum faham fungsi setiap gear, bolehlah rujuk keterangan setiap susunan gear untuk gearbox auto yang berikut:

P – Parking 
Digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. Gear akan disekat jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tidak ditarik.

R – Reverse 
Digunakan untuk mengundurkan kereta anda.

N – Neutral
Jika anda berada dalam posisi menunggu di lampu isyarat atau kesesakan lalu-lintas, alihkan ke gear neutral dan bukan P(parking)! Jikalau anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D – Drive
Penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive (OD). Gear akan disekat daripada masuk ke gear 4. Gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja

3 – Tiga
Setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 – Dua
Ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.

1 – Low gear
Gear pertama. Boleh digunakan untuk menaiki bukit yang tinggi seperti Genting Highland tetapi amat jarang digunakan.

Diharap artikel ini bermanfaat untuk memanjangkan jangka hayat kereta anda.

No comments:

Post a Comment